Monday, November 22, 2010

kenaikan tangga 1.5

kini mula bermadah
perihal "bila kau tiada"
"hilangnya kau dari pandangan mata"
mengukir senyuman bahagia
melakar memori indah
mencipta kenangan manis
diabadikan pena di atas lembaran baru

kisah sudah bermula
masih tak tahu di mana penghujungnya
laluan kini terbuka luas
terbentang di depan hamparan mata
masih menjana cita
bagi laluan pengharapan
memberi makna dalam kehidupan

p/s: lagu selena gomez -a year without rain vs time for miracle-adam lambert... 2 2 lagu ni ade persamaan by 3 words... i miss you..


Saturday, November 6, 2010

kenaikan tangga 1

rayu merayu... pujuk memujuk
memandang ke depan
sesekali mengerling ke belakang
jgn ulangi kesilapan lalu...

masih memasang harapan
dalam mencapai kebahagiaan
hanya kerana cinta
datangnya membawa senyuman
rajuk nya membawa tawa
tidurnya mendatangkan rindu
menunggu mentari esok muncul lagi
dengan khabaran yang lebih.....
tinggi daripada tangga ini.

p/s: lagu utk post ini ialah... Maafkan Kami-bujang lapok

Friday, November 5, 2010

mulanya di sini

satu episod sudah bermula
mengharap bertemu sinar esok
yang bisa menceriakan
kegelapan sang hati
mengizinkan sang senyum menjengah kembali
mengusir penghuni sepi
pergi jauh dari lara sekeping hati
hanya membenarkan suka menjelma
dalam hari-hari esok yang mendatang

sang hati kini mula membina harapan
harapan untuk bahagia
mengecapi nikmat dan hikmat kehidupan
merasai segala rasa disayangi
dihargai dan didambai
oleh seorang insan...

p/s: luka hati yang berplaster kian sembuh...
lagu yang bermain diminda ialah tamaly maak-shahir...


Tuesday, November 2, 2010

kekecewaan menggunung

kerana terluka
hati merintih kesepian
ditambah luka dihati nan parah
dek kerana sikap tak peduli
menjamah kesucian hati
merobek ketenangan diri
membunuh sanubari yang lara

kini hati tak punya rasa lagi
kerana semua rase sudah mati
harapan yang dibina punah
kebahagiaan yang diidam hilang
cinta yang dicari pergi
sinar yang menerangi malap kini
tiada lagi tawa gembira
yang tinggal hanya
tangisan sang perindu.....

p/s: nukilan sambil mendengar lagu Nurul-Kerana Terluka.... am i dat hurt??