Thursday, September 22, 2011

6

hati masih meruntun sepi
sepi hingga desir angin lalu boleh kedengaran
jelas di cuping telinga

hati masih luluh keretakan
rasa baru semalam kisah sedih ini
masih terngiang di fikiran
betapa perlunya aku disisinya
betapa rindu nya dia jika tak ketemuan
betapa risau sekiranya diri disakiti
betapa aku masih mengingati dirinya
yang aku tahu masih jua mengingati diriku...

mengapa aku masih berharap??
adakah aku mahu diri aku disakiti lagi
atau aku sengaja mahu hati ini dipermainkan lagi
atau kerana aku suka bila perasaan aku diketepikan
butakah aku, tulikah aku

sepak sahaja aku biarkan aku menangis
biar aku sedar ketentuan ini
biar aku berduka daripada terus menderita
biar aku mulakan hidup yang baru
kerana Allah telah bagimu ruang itu....

p/s: lagu tanpamu-sabhi saddi & helena cukup menghantui diriku tentand dirinya....