Tuesday, July 12, 2011

2

hidup tak seindah yang disangka.. tp x de la seburuk istilah worst case scenario tu... kita hanya mampu merancang, namun, tanpa izin Allah, apa yang kita rancang itu x berlaku...

masih dalam progress utk mend the broken heart ni... walaopun usaha telah dibuat, progress nya sgt sedikit... terlalu... kdg2, negative.. sebab masih memeluk sweater 'beliau' sebelum tido... kronik kah ak??

he's like everywhere... ni alasan aku ats kegagalan misi MO yg baru aku lancarkan pada previous post... in fact, i still cant believe i had to let him go... this is really unfair... aku kne mulakan startegi baru bagi merealisasikan misi MO ni...

ak x tau cm ne nk berdepan dgn 15 july ni... buat kali pertama dlm tempoh 5 thn, aku keseorangan pd tarikh ni... Ya Allah berikan lah aku kekuatan-Mu. aku percaya pada ketentuan-Mu, Ya Allah... mungkin ada yang lebih baik dan sekufu buatku... ak berserah pada-Mu... amin...

aku rasa, strategi baru yang perlu aku lakukan ialah:
1. yakin bahawa jodoh dan masa itu akan tiba.... lepaskan yg bukan milik kita... mungkin selepas semua ini aku lepaskan, ak bersedia dan dia akan tiba... insyaAllah
2. maafkan dia... (selagi aku tak maafkan die, aku akan terus hidup dalam dunia yg fana ni)
3. MOVING ON!!!!

haraplah kali ini lebih berjaya... :)

Saturday, July 2, 2011

1

kata org... putus cinta ni sakit... tapi aku rasa, lg sakit bila patah hati.... ape bezanya, same je... cuma bila patah ati ni boleh jd cinta tak kesampaian, tak berbalas or cinta terlarang... manakala, putus cinta ni, mungkin antara alternatif yang terbaik bile dah tak sehaluan... maka dengan itu, tak de la rasa sakit sgt kn....

tak kira la kes apa pun, semalam, cm rase tacing bila tgk cte "keranamu laila-episod akhir"
- Dialog Pn. Mazni: semudah itu awk maaf kn dia, May??
aunty May : ya, sy maafkan dia sebab saya tak mahu lagi dihantui kenangan silam bersama dia....
(pengajaran di sini, saya dah maafkan dia sebab saya tak mahu kenangan saya dan dia terus menghantui saya...)

baiklah.. maka dengan itu, saya namakan projek terbaru saya.. Projek MO... hahaha... sy telah menggariskan beberapa perkara yang DO n DONTS utk misi ini berjaya:
1. remove gambar beliau dr beg duit dan laptop...
2. berhenti berharap utk masa depan bersama beliau
3. stop dengar lagu2 yg beliau pernah dedicate utk sy, terutama lagu tema itu...
4. berhenti tangisi hari semalam, btw bulan jun dh berakhir sudah... (i do knw july gonna b harder)
5. remove la kesemua emel yg telah di'star' dlm mana2 inbox emel pn....
6. asingkan semua pemberian beliau (jaket, tshirt n bag) n simpan di tempat yang tak dapat dilihat
7. be realistic - jgn sembunyi lg ape yg sendiri rasa... tak yah nk cover line sgt...
8. maafkan beliau, bersangka baik kepada beliau dan percaya jodoh Allah...

hope misi kali ini berjaya... i can do it!!!






Wednesday, April 13, 2011

langkawi



langkawi...
hanya jika sekiranya masa boleh diulang kembali...
akan aku jejak telapak kaki di tanah Langkawi
yang menyimpan sejuta kenangan terindah
antara yang didalam gambar... dan si penangkap gambar
portret yang terlakar
merungkai seribu makna kemanisan dan kedukaan
manisnya saat itu dinikmati bersama
dukanya kerana senja berlabuh jua...

langkawi..
akan aku sapa namamu lagi
entah aku sahaja, atau mungkin kami....
yang pastinya aku akan kembali
membawa bersama sekeping hati
kembali untuk mencipta selembar lagi memori...


Monday, January 17, 2011

kenaikan tangga 5.0

kenagan terindah bersama
tiap masa dan ketika
rindu menyelubungi tatkala mata tak bertemu
bibir mengukir senyuman manis
bila pandangan bertaut
seluruh dunia seolah terhenti buat kami
paksi seperti tidak mahu dunia berputar atasnya
graviti di perut bumi lenyap seketika
bila sang laila bertemu arjuna nya

rajuk dihati dipujuk lembut
telinga didesir kata-kata cinta
salam disambut mesra
tangan dipimpin menuju kebahagiaan
mengharap esok lebih baik daripada semalam
memasang angan mencipta bahagia esok
mencalit memori bahagia bersama...

p/s: lagu munajat cinta-the rock ft ahmad dhani asyik ulang2

Thursday, December 16, 2010

kenaikan tangga 2.0

mengenang diri pabila jauh
mengharap bulan tiba sebelum waktunya
mengharap sang mentari memancar sebelum subuh menjelma
detik demi detik dihitung
saat, minit dan jam diteleku dengan sabar
hati meruntun untuk menghadapi hari esok
esok yang kita tak tahu perihalnya
yang kita tahu cuma
semalam itu sebuah kenangan...

menonton, melakar dan menjamu
ruang masa dimanfaatkan sebaiknya
dalam masa yang sama
menyelami hati dan perasaan masing2
demi kepentingan masa depan
dalam menentukan pelengkap jiwa yang hilang....

p/s: melayan lagu perjalanan hidup-ramli sarip...

Monday, November 22, 2010

kenaikan tangga 1.5

kini mula bermadah
perihal "bila kau tiada"
"hilangnya kau dari pandangan mata"
mengukir senyuman bahagia
melakar memori indah
mencipta kenangan manis
diabadikan pena di atas lembaran baru

kisah sudah bermula
masih tak tahu di mana penghujungnya
laluan kini terbuka luas
terbentang di depan hamparan mata
masih menjana cita
bagi laluan pengharapan
memberi makna dalam kehidupan

p/s: lagu selena gomez -a year without rain vs time for miracle-adam lambert... 2 2 lagu ni ade persamaan by 3 words... i miss you..


Saturday, November 6, 2010

kenaikan tangga 1

rayu merayu... pujuk memujuk
memandang ke depan
sesekali mengerling ke belakang
jgn ulangi kesilapan lalu...

masih memasang harapan
dalam mencapai kebahagiaan
hanya kerana cinta
datangnya membawa senyuman
rajuk nya membawa tawa
tidurnya mendatangkan rindu
menunggu mentari esok muncul lagi
dengan khabaran yang lebih.....
tinggi daripada tangga ini.

p/s: lagu utk post ini ialah... Maafkan Kami-bujang lapok