Monday, January 17, 2011

kenaikan tangga 5.0

kenagan terindah bersama
tiap masa dan ketika
rindu menyelubungi tatkala mata tak bertemu
bibir mengukir senyuman manis
bila pandangan bertaut
seluruh dunia seolah terhenti buat kami
paksi seperti tidak mahu dunia berputar atasnya
graviti di perut bumi lenyap seketika
bila sang laila bertemu arjuna nya

rajuk dihati dipujuk lembut
telinga didesir kata-kata cinta
salam disambut mesra
tangan dipimpin menuju kebahagiaan
mengharap esok lebih baik daripada semalam
memasang angan mencipta bahagia esok
mencalit memori bahagia bersama...

p/s: lagu munajat cinta-the rock ft ahmad dhani asyik ulang2

Thursday, December 16, 2010

kenaikan tangga 2.0

mengenang diri pabila jauh
mengharap bulan tiba sebelum waktunya
mengharap sang mentari memancar sebelum subuh menjelma
detik demi detik dihitung
saat, minit dan jam diteleku dengan sabar
hati meruntun untuk menghadapi hari esok
esok yang kita tak tahu perihalnya
yang kita tahu cuma
semalam itu sebuah kenangan...

menonton, melakar dan menjamu
ruang masa dimanfaatkan sebaiknya
dalam masa yang sama
menyelami hati dan perasaan masing2
demi kepentingan masa depan
dalam menentukan pelengkap jiwa yang hilang....

p/s: melayan lagu perjalanan hidup-ramli sarip...

Monday, November 22, 2010

kenaikan tangga 1.5

kini mula bermadah
perihal "bila kau tiada"
"hilangnya kau dari pandangan mata"
mengukir senyuman bahagia
melakar memori indah
mencipta kenangan manis
diabadikan pena di atas lembaran baru

kisah sudah bermula
masih tak tahu di mana penghujungnya
laluan kini terbuka luas
terbentang di depan hamparan mata
masih menjana cita
bagi laluan pengharapan
memberi makna dalam kehidupan

p/s: lagu selena gomez -a year without rain vs time for miracle-adam lambert... 2 2 lagu ni ade persamaan by 3 words... i miss you..


Saturday, November 6, 2010

kenaikan tangga 1

rayu merayu... pujuk memujuk
memandang ke depan
sesekali mengerling ke belakang
jgn ulangi kesilapan lalu...

masih memasang harapan
dalam mencapai kebahagiaan
hanya kerana cinta
datangnya membawa senyuman
rajuk nya membawa tawa
tidurnya mendatangkan rindu
menunggu mentari esok muncul lagi
dengan khabaran yang lebih.....
tinggi daripada tangga ini.

p/s: lagu utk post ini ialah... Maafkan Kami-bujang lapok

Friday, November 5, 2010

mulanya di sini

satu episod sudah bermula
mengharap bertemu sinar esok
yang bisa menceriakan
kegelapan sang hati
mengizinkan sang senyum menjengah kembali
mengusir penghuni sepi
pergi jauh dari lara sekeping hati
hanya membenarkan suka menjelma
dalam hari-hari esok yang mendatang

sang hati kini mula membina harapan
harapan untuk bahagia
mengecapi nikmat dan hikmat kehidupan
merasai segala rasa disayangi
dihargai dan didambai
oleh seorang insan...

p/s: luka hati yang berplaster kian sembuh...
lagu yang bermain diminda ialah tamaly maak-shahir...


Tuesday, November 2, 2010

kekecewaan menggunung

kerana terluka
hati merintih kesepian
ditambah luka dihati nan parah
dek kerana sikap tak peduli
menjamah kesucian hati
merobek ketenangan diri
membunuh sanubari yang lara

kini hati tak punya rasa lagi
kerana semua rase sudah mati
harapan yang dibina punah
kebahagiaan yang diidam hilang
cinta yang dicari pergi
sinar yang menerangi malap kini
tiada lagi tawa gembira
yang tinggal hanya
tangisan sang perindu.....

p/s: nukilan sambil mendengar lagu Nurul-Kerana Terluka.... am i dat hurt??

Sunday, October 17, 2010

who you are

lagu tema minggu ni... bile dengar rase cam kena cabar... selama ni reject imperfections... kenapa ye?

I stare at my reflection in the mirror.
Why am I doing this to myself.
Losing my mind on a tiny error.
I nearly left the real me on the shelf.
To lose it all in the blur of the start.
Seeing is deceiving, dreaming is believing.
It's okay not to be okay.
Sometimes it's hard to follow your heart.
Tears don't mean you're losing, everybody's bruising.
Just be true to who you are...