Monday, January 17, 2011

kenaikan tangga 5.0

kenagan terindah bersama
tiap masa dan ketika
rindu menyelubungi tatkala mata tak bertemu
bibir mengukir senyuman manis
bila pandangan bertaut
seluruh dunia seolah terhenti buat kami
paksi seperti tidak mahu dunia berputar atasnya
graviti di perut bumi lenyap seketika
bila sang laila bertemu arjuna nya

rajuk dihati dipujuk lembut
telinga didesir kata-kata cinta
salam disambut mesra
tangan dipimpin menuju kebahagiaan
mengharap esok lebih baik daripada semalam
memasang angan mencipta bahagia esok
mencalit memori bahagia bersama...

p/s: lagu munajat cinta-the rock ft ahmad dhani asyik ulang2

1 comment:

  1. suka lagu tu juga...weee..hehe
    i followw....
    ada msa singgah2 blog aniz yer =))

    ReplyDelete