Thursday, September 22, 2011

6

hati masih meruntun sepi
sepi hingga desir angin lalu boleh kedengaran
jelas di cuping telinga

hati masih luluh keretakan
rasa baru semalam kisah sedih ini
masih terngiang di fikiran
betapa perlunya aku disisinya
betapa rindu nya dia jika tak ketemuan
betapa risau sekiranya diri disakiti
betapa aku masih mengingati dirinya
yang aku tahu masih jua mengingati diriku...

mengapa aku masih berharap??
adakah aku mahu diri aku disakiti lagi
atau aku sengaja mahu hati ini dipermainkan lagi
atau kerana aku suka bila perasaan aku diketepikan
butakah aku, tulikah aku

sepak sahaja aku biarkan aku menangis
biar aku sedar ketentuan ini
biar aku berduka daripada terus menderita
biar aku mulakan hidup yang baru
kerana Allah telah bagimu ruang itu....

p/s: lagu tanpamu-sabhi saddi & helena cukup menghantui diriku tentand dirinya....

Saturday, August 13, 2011

surat kepada encik

dear encik,

surat selalu dimulakan dengan "apa kabar?" "semoga sihat selalu" tapi surat ini mungkin tak kan berbunyi macam selalu... i guess the right word to start this piece of paper would be... "Selamat tinggal, encik kawan baik" "semoga encik berbahagia bersamanya"

kalau hati boleh berkata, mesti hati akan ckp bertuahnya kalau aku ada butang delete yg boleh padam semua memori kita bersama... masa tak lama, cuma 234 hari kita bersama... cukup buat kenangan kita bersepah sana sini... sampai luar negeri... atas awan, atas laut, dalam kereta, tepi pantai.. tasik, kedai makan sampai ke tempat kerja... semua adalah kenangan kita bersama... kalau ade switch untuk on n off, akan ditekan off bagi semua hilang sementara...

tapi nama pun kenangan, so, semua nya dah berakhir pun kn... again, semua ini kenangan terindah yet semua ini juga sungguh menyakitkan... mencintai tak semestinya memiliki... i'll try to accept the fact dat we're not meant for each other...

take care encik

(no more lots of love and i wish i could say "tulisan atas tapak tangan")
Me...

5

kisah khayalan berakhir sudah
tiada lagi ucapan imy, ily...
dan yang paling aku rindui...
tiada lagi ucapan "tulisan atas tapak tangan"...
cinta yang diharap menghiasi permaidani hati
kini mati ditelan masa
masa ITU telah tiba...
maka segalanya menemui penghujungnya..

selama hari 2 hati cuba bertaut kasih...
namun hari ini, hanya sebuah kata keramat yang terlahir..
"kiter mmg serasi tp kita cas magnet yg sama.......x boleh menarik antara satu sama lain"
pedih mata melihat
luluh lagi hati menerima...


Monday, August 8, 2011

4

dayah dah mulakan, aku bila lagi...
masih bersama hp yg menyimpan semua yg pernah aku lalui
bukan aku x mau MO, tp susah...
"bukan senang nak senang, bukan susah nak susah... [Norhidayah H., 2011]"


Sunday, August 7, 2011

3

kata orang, mencintai itu lebih indah daripada dicintai...
tapi, cinta bukan kita yang aturkan...
rasa indah itu adalah keputusan untuk kita sama2 lalui...
seolah cinta itu bila kita berfikir pada wavelength yg sama dgn beliau...
seolah, dia mampu menghabiskan ayat yg kita dah mulakan...
dan kita mampu menyelesaikan kekusutan di mindanya..
walau dengan satu frasa muda, semudah keramat I LOVE YOU...

ada yang memilih untuk terus hidup mencintai walaupun tak dicintai...
ada yang memilih untuk cinta baru apabila cinta yang dibina dulu kecundang di tengah jalan...
ada yang bahagia bersama cinta yang pertama dan terakhir...
ada juga yg mencintai walaupun sudah termiliki...
ada juga yang masih mencari cinta...
walau bagaimana pun kisahnya,
cinta sejati pasti hadir bila hati meyakininya...

aku percaya, cinta itu indah... seindah namanya..
aku percaya, cinta itu hadir pada orang yang berhak
aku percaya, masanya belum tiba...
aku percaya, perasaan cinta ini untuk beliau bila tiba masanya...
dan beliau juga bakal mencintaiku sepertimana aku mencintainya...

p/s: lagu tema cinta kali ini ialah... wonderwall-oasis...
Because maybe
You're gonna be the one who saves me ?
And after all
You're my wonderwall

Tuesday, July 12, 2011

2

hidup tak seindah yang disangka.. tp x de la seburuk istilah worst case scenario tu... kita hanya mampu merancang, namun, tanpa izin Allah, apa yang kita rancang itu x berlaku...

masih dalam progress utk mend the broken heart ni... walaopun usaha telah dibuat, progress nya sgt sedikit... terlalu... kdg2, negative.. sebab masih memeluk sweater 'beliau' sebelum tido... kronik kah ak??

he's like everywhere... ni alasan aku ats kegagalan misi MO yg baru aku lancarkan pada previous post... in fact, i still cant believe i had to let him go... this is really unfair... aku kne mulakan startegi baru bagi merealisasikan misi MO ni...

ak x tau cm ne nk berdepan dgn 15 july ni... buat kali pertama dlm tempoh 5 thn, aku keseorangan pd tarikh ni... Ya Allah berikan lah aku kekuatan-Mu. aku percaya pada ketentuan-Mu, Ya Allah... mungkin ada yang lebih baik dan sekufu buatku... ak berserah pada-Mu... amin...

aku rasa, strategi baru yang perlu aku lakukan ialah:
1. yakin bahawa jodoh dan masa itu akan tiba.... lepaskan yg bukan milik kita... mungkin selepas semua ini aku lepaskan, ak bersedia dan dia akan tiba... insyaAllah
2. maafkan dia... (selagi aku tak maafkan die, aku akan terus hidup dalam dunia yg fana ni)
3. MOVING ON!!!!

haraplah kali ini lebih berjaya... :)

Saturday, July 2, 2011

1

kata org... putus cinta ni sakit... tapi aku rasa, lg sakit bila patah hati.... ape bezanya, same je... cuma bila patah ati ni boleh jd cinta tak kesampaian, tak berbalas or cinta terlarang... manakala, putus cinta ni, mungkin antara alternatif yang terbaik bile dah tak sehaluan... maka dengan itu, tak de la rasa sakit sgt kn....

tak kira la kes apa pun, semalam, cm rase tacing bila tgk cte "keranamu laila-episod akhir"
- Dialog Pn. Mazni: semudah itu awk maaf kn dia, May??
aunty May : ya, sy maafkan dia sebab saya tak mahu lagi dihantui kenangan silam bersama dia....
(pengajaran di sini, saya dah maafkan dia sebab saya tak mahu kenangan saya dan dia terus menghantui saya...)

baiklah.. maka dengan itu, saya namakan projek terbaru saya.. Projek MO... hahaha... sy telah menggariskan beberapa perkara yang DO n DONTS utk misi ini berjaya:
1. remove gambar beliau dr beg duit dan laptop...
2. berhenti berharap utk masa depan bersama beliau
3. stop dengar lagu2 yg beliau pernah dedicate utk sy, terutama lagu tema itu...
4. berhenti tangisi hari semalam, btw bulan jun dh berakhir sudah... (i do knw july gonna b harder)
5. remove la kesemua emel yg telah di'star' dlm mana2 inbox emel pn....
6. asingkan semua pemberian beliau (jaket, tshirt n bag) n simpan di tempat yang tak dapat dilihat
7. be realistic - jgn sembunyi lg ape yg sendiri rasa... tak yah nk cover line sgt...
8. maafkan beliau, bersangka baik kepada beliau dan percaya jodoh Allah...

hope misi kali ini berjaya... i can do it!!!






Wednesday, April 13, 2011

langkawi



langkawi...
hanya jika sekiranya masa boleh diulang kembali...
akan aku jejak telapak kaki di tanah Langkawi
yang menyimpan sejuta kenangan terindah
antara yang didalam gambar... dan si penangkap gambar
portret yang terlakar
merungkai seribu makna kemanisan dan kedukaan
manisnya saat itu dinikmati bersama
dukanya kerana senja berlabuh jua...

langkawi..
akan aku sapa namamu lagi
entah aku sahaja, atau mungkin kami....
yang pastinya aku akan kembali
membawa bersama sekeping hati
kembali untuk mencipta selembar lagi memori...


Monday, January 17, 2011

kenaikan tangga 5.0

kenagan terindah bersama
tiap masa dan ketika
rindu menyelubungi tatkala mata tak bertemu
bibir mengukir senyuman manis
bila pandangan bertaut
seluruh dunia seolah terhenti buat kami
paksi seperti tidak mahu dunia berputar atasnya
graviti di perut bumi lenyap seketika
bila sang laila bertemu arjuna nya

rajuk dihati dipujuk lembut
telinga didesir kata-kata cinta
salam disambut mesra
tangan dipimpin menuju kebahagiaan
mengharap esok lebih baik daripada semalam
memasang angan mencipta bahagia esok
mencalit memori bahagia bersama...

p/s: lagu munajat cinta-the rock ft ahmad dhani asyik ulang2